Jumaat, 30 Jun 2023

RAKAN SERUMPUN BERBEDA RUMAH 

Oleh. Kuijol Hairol

Sepanggar. Pertembungan dua rakan serumpun dalam satu majlis gotong royong sekitar peruumahan KKIP baru baru ini menjadi perbualan hangat warga penduduk kawasan Parlimen Sepanggar.

Salah seorang dari mereka OKK Marino Ahmad Naib Ketua Bahagian PPBM Kawasan Parlimen Sepanggar manakala seorang lagi Datuk Haji Arshad Haji Idris Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Kawasan Dun Kerambunai penuh mesra saling bersaing memperolehi sokongan rakyat setempat.

Parlimen Sepanggar memiliki 3 kerusi Dewan Undangan Negeri  melibatkan Dun Inanam, Dun Darau dan Dun Kerambunai dimana Inanam milik PKR, Darau Milik Warisan dan Kerambunai Milik Umno BN masa kini.

Dalam konteks meraih sokongan rakyat pengundi pemimpin parti politik bukan sahaja menunjuk prihatin, kemesraan, kebertanggongjawaban namun sikap keterbukaan semus golongan tanpa memilih kedudukan warga sangat penting jika mahu meraih sokongan pengundi menjelang pilihan raya akan datang.

Mampukah kedua dua parti tersebut terus mendapat sokongan seluruh rakyat yang berdaftar sebagai pemilih  sehingga menjelang PRN dan PRU akan datang?, hanya terletak dibahu setiap pemimpin kedua dua parti berkenaan meneruskan pelbagai jentera mereka bagi menawan setiap jiwa para pengundi setempat secara berterusan.

Untuk rekod Parlimen Sepanggar termasuklah 3 Adun didalam kawasan nya memiliki Kepimpinan Parti dari UPKO, WARISAN, KDM, PEJUANG, PBM, BN UMNO, PAKATAN HARAPAN, PAS dan GRS yang dilaporkan sama sama aktif mendampingi dan menghulur bantuan pada rakyat setempat.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan  Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan