Isnin, 26 Jun 2023

BENARKAH BOLA SEPAK TERLATIH? 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Pemain bola sepak dalam negara perlu diberi disiplin ketat 
agar tidak melakukan kekasaran melampau dengan sengaja sehingga pemain lawan tidak mampu menyambung permainan seterusnya.

Ada juga pemain bola yang kerap cuba melanggar penjaga gol walaupun bola sudah didalam dakapan nya entah disiplin mana golongan terlibat gunakan.

Tidak hairan lah banyak suara penonton tidak berpuas hati melihat situasi 
seumpama setiap kali ada perlawanan bola sepak seluruh negara mahupun diperingkat setiap negeri akibat kekasaran pemain yang banyak disengajakan.

Selain suara tidak puas hati dikalangan penonton ada juga sampai melakukan rusuhan terhadap pemain serta para penyokong pemain bola sepak masing masing sehingga masuk padang atau diluar stadium permainan.

Apapun  disiplin setiap pemain perlu dipertingkatkan supaya mampu melahirkan pemain bola sepak yang bertaraf antara bangsa mahupun dunia amnya  demi nama baik negara Malaysia didalam jangkamasa panjang.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan