Khamis, 22 Jun 2023

IKLAN TAMPAL TERUS DIPILIH

Oleh. Williem Anak Lagau 

Majoriti penduduk negeri Sabah memilih melanggani IKLAN TAMPAL berbanding IKLAN SIARAN MELALUI AKBAR AKBAR yang dilesenkan entah mengapa ianya berlaku.

Ini jelas dapat dilihat setiap dinding bangunan kedai, tiang lampu, tiang letrik, pokok Kayu sepanjang tepi jalan raya dan setiap sudut penjuru Bus Stop sentiasa penuh  dengan iklan iklan tampal yang dilakukan warga yang enggan berkerjasama Akbar Berlesen hingga kehari ini.

Iklan Tampal ini juga sangat menjadi pilihan penduduk Sabah yang enggan membeli akbar akbar bercetak disamping berbayar bagi iklan iklan yang hendak disiarkan. 

Kes ini diluahkan oleh sekumpulan ahli kelab badang NGO yang turut keciwa dengan situasi seumpama tanpa ada halangan dari pihak berkuasa kerajaan negeri tegas mereka.

Badan NGO terlibat mendedahkan akibat kurang sokongan didalam pengiklanan akbar tempatan Sabah sudah ada yang tutup atau gulong tikar dengan kadar pengangguran berlaku sebaik akbar tutup operasinya ujar mereka.


 JANGAN SOKONG PENGEMIS MERAGUKAN 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Melihat peminta sedekah duduk dilaluan pejalan  kaki depan kedai setiap hari penuh bebas amat dikesali orang tempatan umpama golongan berkenaan mendapat kelulusan meminta sedekah.

Peminta sedekah ini juga akan memarahi orang melintasi mereka jika tidak menghulurkan wang makan yang dikehendaki menggunakan bahasa asing menurut warga Sabah yang pernah menjadi mangsa.

Sehubungan dengan pendedahan ini golongan yang pernah menjadi mangsa kemarahan peminta sedekah meminta kerajaan negeri bertindak mengusir peminta sedekah yang berleluasa tanpa diketahui asal usul mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan