Sabtu, 17 Jun 2023

BERPOLITIK DITUNGGU RAKYAT PEMILIH 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Semua pemimpin parti politik yang berhasrat mahu memenangi undi rakyat pemilih perlu turun padang mendepani seluruh rakyat pemilih dikawasan masing masing.

Menurut sumber suara rakyat berdaftar sebagai pemilih apapun parti yang yang pemimpin wakili bukan ukuran pada rakyat jelata, sebaliknya kewibawaan pemimpin terlibat yang diukur rakyat jelata sejauh manakah tanggongjawab mereka membela dan membantu rakyat dikawasan mereka.

Parti politik merupakan rumah tumpangan para pemimpin yang berusaha mahu menjadi wakil rakyat yang disokong penuh rakyat, namun ianya bergantung kepada usaha pemimpin terlibat mahu meraih sokongan seluruh rakyat pemilih disetiap kawasan DUN atau PARLIMEN yang diwakili.

Antara pilihan parti politik oleh rakyat setiap kali pilihan raya adalah gabungan parti parti pembangkang serta gabungan parti parti kerajaan memerintah (kerajaan), walaupun ada golongan yang membuat pakatan golongan parti parti BEBAS yang meletak calon calon setiap kali pilihan raya disetiap negeri sejak beberapa pilihan raya lalu.

Oleh yang demikian kebanyakan rakyat yang ditemui menyerahkan keupayaan pemimpin parti politik yang diwakili bagi mendapat sokongan rakyat didalam kawasan yang mereka wakili tanpa mengira apa parti yang pemimpin terlibat wakili.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan