Rabu, 7 Jun 2023

UMNO BN  PERLU KUAT DIAKAR UMBI 

Olen. Basron Kirwn 

Kuala Lumpur. Jentera kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional perlu memperkuatkan diperingkat akar umbi mereka jika mahu menang dalam pilihan raya negeri akan datang. 

Menang sorak diperingkat kepimpinan tertinggi BN UMNO tidak akan bermakna jika gerak kerja tidak sampai meraih sokongan undi seluruh lapisan rakyat jelata sepanjang masa pilihan raya negeri di Semenanjung Malaysia. 

Amanat jelas dari Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hanidi Presiden UMNO dan Datuk Seri Mohamad Hasan Timbalan Presiden UMNO dalam PAU 2023 tahun ini.

Amat jelas pemimpin UMNO BN diperingkat Bahagian wajar turun padang mengerah jentera kadar segera diperingkat ahli ahli Cawangan agar memperolehi sokongan setiap pengundi didalam kawasan masing  masing terutama lokasi perkampungan dan taman taman perumahan kos rendah.

Semua penerangan pemimpin parti diperingkat tertinggi pusat harus sampai kepada rakyat berdaftar sebagai pengundi dengan lebih jelas agar mereka yakin dan kembali menyokong  kepada perjuangan BN didalam kerajaan  Perpaduan Madani masa kini pimpinan Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia ke 10. 

Gendang sudah dipalu dalam PAU 2023 maka bermulalah gerak kerja semua kepimpinan BN UMNO diperingkat akar umbi jika mahu meraih undi kemenangan didalam pilihan raya negeri Semananjung Malaysia.

Tidak terkecuali UMNO dan BN Sabah harus memulakan kerja meraih sokongan undi segenap lapisan pengundi berdaftar tanpa sebarang alasan yang kerap dilontarkan oleh sebilangan pemimpin bahagian dan cawangan mereka membuat tempahan kekalahan didalam beberapa pilihan raya negeri dan parlimen yang lalu.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan