Isnin, 26 Jun 2023

PEMBAWAAN DUA PENDAKWA BERBEDA 

Oleh. Helary Sukiono 

Jakarta. Umat Islam yang menonton drama dua pendakwa agama Islam watak Fahri dan Usraz Rayhan  boleh membuka mata bagaimana syiar Islam disebarkan pada jalan yang sebenar. 

Pendakwa Islam seperti Fahri jelas tidak meminggir orang orang miskin tegar 

mahupun perangai tidak baik demi menyatukan ummah dalam hidup maufakat serta saling tolong menolong diantara satu sama lain. 

Bagi cerita Ustaz Rayhan pula perlu dijadikan sempadan yang hanya mahu mengaut keuntungan wang ringgit dalam setiap ceramah agama yang dianjurkan para pengikutnya tanpa menghayati ajaran Islam yang sebenar.

Langkah Fahri yang enggan disebut Ustaz mendapat sokongan dari Ustaz Sabar yang turut membantu semua orang yang mendatangi mereka setiap hari menerusi pelbagai ceramah yang mereka anjurkan tanpa rasa jemu.

Pendakwa Fahri merupakan sahabat uataz Rayhan dan sanggup melindungi sejarah memasuki penjara demi mengelak Rayhan ditangkap akibat jenayah pembunuhan tidak sengaja dilakukan, namun Rayhan mula ego dan tamak memburu ceramah berbayar tinggi disamping mula memusuhi Fahri yang aktif berdakwa dengan bayaran alakadar penuh iklas dari penganjur program.

Berdasarkan fakta cerita tersebut jelas ramai masyarakat tidak menghiraukan berbuat amal kebaikan, memilih golongan untuk didekati, hanya membantu golongan yang ada kepentingan, manakala golongan fakir dijauhi, masyarakat yang tidak menguntungkan mereka disisih walaupun ajaran Islam tidak membezakan warga dibantu.

Sehubungan dengan paparan ini berfikir dan renungkan Islam yang sebenar supaya tidak tergelincir akidah agama didalam mendepani semua lapisan masyarakat sekeliling walau dimana juga anda berada pedoman Islam hanya pada Allah swt.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan