Jumaat, 30 Jun 2023

KERAJAAN MALAYSIA BOLEH SAMAN KUMPULAN PEWARIS SULTAN SULU 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Sebaik Kerajaan Malaysia memenangi tuntutan 8 orang mendakwa pewaris Sultan  Sulu dengan lebih 60 billion kini kerajaan dan warga Malaysia  boleh menyaman pihak berkenaan, kerah memulihkan nama baik dan kedaulatan serta kos yang dibelanjakan dalam pelbagai pengurusan mendepani tuntutan pewaris kesultanan sulu sejak 4 tahun lalu. 

Rakyat Malaysia khususnya penduduk asli Sabah perlu bersatu menyokong kerajaan Malaysia masa kini kearah terus mempertahankan semua hak aset negara agar terus dipertahankan dalam jangkamasa panjang, selain dari itu warga Sabah juga perlu bermaufakat bersama kerajaan perpaduan madani  yang berusaha mempertahankan sehingga tuntutan pewaris sultan sulu  tidak diiktiraf  di Mahkamah  Peranchis baru baru ini. 

Penduduk asli Sabah juga perlu membantu menjadi mata dan telinga seluruh pasukan keselamatan dipelusuk Sabah  agar mampu mencegah apa juga ancaman pihak kerabat yang mendakwa  waris sultan sulu, hanya kesefakatan sahaja yang mampu mempertahankan bumi Sabah serta aset negara Malaysia dari tuntutan golongan yang mendakwa pewaris Sultan Sulu sejak sekian lama walaupun ianya didapati tidak berasas.

Kesungguhan kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim dalam kerajaan perpaduan madani perlu didokong semua lapisan rakyat termasuk Sabah bagi membatalkan tuntutan pewaris Sultan Sulu  sepanjang masa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan