Selasa, 20 Jun 2023


 APA DAH JADI DISABAH? 

Oleh. Basron Kirwan

Kota Kinabalu. Warga asli negeri ini mendakwa sudah jemu melihat dipercayai warga asing sangat kebal bebas meminta sedekah walau usia muda dan sihat tubuh badan mereka. 

Peminta sedekah atau Pengemus ini juga dilaporkan sentiasa berpindah randah debgan muda bagai memiliki pengangkutan sendiri boleh hilang sekelip mata jelas orang Sabah.

Malah ada kumpulan pengemis berkenaan berani marah orang berjalan didepan mereka jika tidak menghulur wang ringgit ditangan yang mereka hulurkan setiap orang ramai  melintasi didepan mereka.

Sebilangan warga yang menghulur kepada pengemis warga  asing ini yang cuba ditemui kru media terkini harian enggan membuka mulut melainkan terus beredar sebaik menghulur wang kertas terhadap pengemis orang  asing dilorong lorong kedai yang tidak kena hujan pada musim tengkujuh. 

Sebilangan warga asli Sabah juga mahu kerajaan pusat turun padang membantu membasmi pengemis yang dipercayai warga asing atau mungkin ada juga tanpa izin dari mereka menyamar sebagai pengemis jalanan tidak terkawal tegas mereka. 

Untuk rekod pengemis jalanan dikalangan warga asing bukan perkara baharu malah sudah bertahun tahun mereka berpindah randah secara bebas tanpa sebarang sekatan,  tidak hairan lah jika warga asli Sabah terus bersuara diperingkat akbar berpusat dari Kuala Lumpur agar dapat dipandang kepimpinan persekutuan ujar mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat  iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan