Sabtu, 3 Jun 2023

KERJA SAMBIL BERAMAL 

Oleh. Huzera Ben 

Arab. Ramai pekerja pembersihan dari luar negara ini yang melakukan pembersihan di Madinah bukan memburu gaji tinggi sebenarnya melainkan tekad mereka melakukan kerja amal lebih utama.

Ini jelas dengan merantau beribu kilometer dari negara asal namun upah kerja diperolehi antara RM800 hingga RM1,200 sebulan bagai tidak setimpal dengan kerjaya sebenar harian mereka.

Dilaporkan orang baharu kerja  sekadar perolehi gaji bulan ialah berjumlah RM800 sahaja manakala orang lama hanya RM1,200  sebulan namun para pekerja terus tabah meneruskan kerja harian mereka penuh keiklasan. 

Ramai masyarakat kurang mempercayai status gaji pembersihan di Madinah Arab Saudi namun ini lah pengakuan para pekerja berkenaan, mereka yakin kerja amal yang mereka jalankan pasti mendapat ganjaran lebih besar dari Allah swt dalam jangkamasa panjang.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan