Khamis, 29 Jun 2023

CABARAN PRN 2023

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Rakyat jelata yang berdaftar sebagai pemilih mampu melihat betapa kuasa pengundi lebih bermakna yang menentukan siapa mereka (rakyat) pilih menjadi pemimpin kerajaan negeri dari wakil rakyat prihatin rakyat.

Calon calon yang bakal bertanding dalam PRN kali ini didalam 6 negeri perlu mempamerkan diri mereka prihatin terhadap semua rakyat yang bakal keluar mengundi, sikap calon yang mempamerkan diri mereka tinggi dan umpama lebih berkuasa dihadapan rakyat jelata tanpa ada keprihatinan  hanya menjauhkan sokongan sebenar. 

Dalam menempuh PRN di enam negeri kali ini semua lapisan rakyat yang bakal  keluar mengundi sememangnya sudah lama mengenali mereka,  setiap kemampuan dan keprihatinan calon membantu setiap rakyat akan menjadi keutamaan calon dipilih menjadi wakil rakyat disetiap Dun kelak.

Menurut rakyat jelata yang ditemui, calon bertanding dalam pilihan raya negeri kali ini bukan sahaja mendepani ujian penilaian oleh segenap lapisan pengundi ketelusan jiwa mereka membantu rakyat, malah turut mendepani pemilihan dikalangan setiap Presiden dan jawatankuasa penilai parti yang mereka sertai akan kemampuan mereka bagi mendepani setiap lawan bagi memperolehi sokongan rakyat pengundi ujar mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan  niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan