Khamis, 29 Jun 2023

GEMPAR LAGI NEGARA DENGAN ISU SAMAN

Oleh. Basron Kirwan

Kelantan. Isu wanita diisaman pihak berkuasa negeri Kelantan  akibat berpakaian seluar pendek paras punggung menggemparkan orang politik negara. 

Menurut laporan pihak berkuasa Kelantan, wanita berkenaan  berada didalam kedai menjual pakaian yang menjadi tumpuan orang ramai setiap hari, jika dibiarkan ianya bakal menjadi tontonan umat Islam golongan lelaki dan wanita sepanjang masa dengan pelbagai tohmahan yang bakal dilemparkan terhadap pihak kerajaan negeri ujar penduduk Kelantan. 

Sebilangan penduduk Kelantan yang ditemui berpandangan biar lah isu wanita disaman itu ditangani oleh kerajaan negeri Kelantan sendiri, tiada keperluan orang luar negeri Kelantan mencampuri apapun isu yang berlaku memandangkan setiap negeri dalam Malaysia memiliki sistem tabdir dan perundangan masing masing jelas mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan