Ahad, 4 Jun 2023

BERWASPADA JALAN RAYA BUKIT LOGKOU BARU (SOMINDO)   

Oleh. Koijul Hairol 

Sabah. Pengguna Jalan Raya Bukit Logkou Baru (SOMINDO)  dinasihatkan berwaspada setiap hari dalam pemanduan berikutan wujud lagenda lalu kawasan tersebut berpenunggu yang gagal diterjemahkan mata kasar.  

Sejak Jalan Raya terlibat siap

dibina pelbagai kejadian berlaku dikawasan  bukit Logkou Baru (Somindo) termasuk lah melibatkan kenderaan awam dan truk ATM yang dilaporkan terbalik tanpa melibatkan kemalangan jiwa berlaku. 

Sejarah dibukit Logkou Baru (Somindo) dilaporkan cukup mengerikan seperti dilihat kain putih terbang diwaktu malam bulan purnama, selain dari itu ada juga melihat Kuda Putih dan Merah berdiri diatas bukit tersebut pada waktu malam orang melintas dikawasan berkenaan tanpa diketahui siapa pemiliknya. 

Kuda terlibat tidak pernah dilihat pada waktu siang walaupun ramai orang berlegar legar berusaha mencari nya untuk koleksi bergambar, ini memperkukuhkan dakwaan setiap penduduk kampung berhampiran bahawa kawasaan tersebut memiliki penunggu yang berani dan ganas bagi orang kurang beriman.

Semua  pendedahan ini sekadar memberi peringatan terhadap pengguna jalan raya setempat agar sentiasa berwaspada dijalan bukit selikuh berkenaan agar tidak terlibat dengan sebarang kemalangan ngeri dikawasan tersebut.
(Gambar Adalah kenderaan yang  terlibat dengan kemalangan dijalan Bukit Logkou Baru Somindo beberapa bulan dan tahun yang lepas.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan