Isnin, 12 Jun 2023

Berita Ringkas 

IKLAN TAMPAL MENJADI JADI 

Oleh. Gifkir Aming 

Iklan Tampal dalam negeri Sabah kian menjadi jadi bukan sahaja didinding bangunan malah turut memenuhi perhentian Bus dan pokok kayu sepanjang jalan raya sehingga mencatatkan pemandangan tidak elok dan jika terjatuh ianya bakal menjadi sampah yang banyak.

Iklan Tampal ini juga sukar dibendung memandangkan tidak ada sebarang larangan dari pihak berkuasa tempatan menurut penduduk Sabah yang kadangkala mengaku mengambil upah memasang iklan tampal melekat dimana mana tempat yang menjadi tumpuan laluan orang ramai ujar mereka.

Selain dari iklan tampal ada juga IKLAN SISIP disetiap kenderaan yang berparking dilot parking dipergenakan oleh Agent Along (Pinjaman Wang)  supaya menarik minat setiap pemilik kenderaan membuat pinjaman dengan mereka.


LAMBAKAN PEMAKAI SELUAR CLORENG MENJADI TANDA TANYA 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Ramai penduduk Sabah mempersoalkan golongan pemakai SELUAR CLORENG umpama pasukan keselamatan berjalan dibandar dan pekan pekan kecil namun kerap dilihat berjumpa dan berbual dengan warga asing melibatkan dipercayai pendatang asing tanpa izin lapor penduduk yang ditemui. 

Kebimbangan ini melibatkan imej pasukan keselamatan jika golongan pemakai seluar cloreng dengan kasut hitam anggota keselamatan dibeli dari kedai kedai penjual atau agent tertentu yang menjual mengambil untung jika golongan pemakai berkenaan bukan anggota keselamatan jelas penduduk asli Sabah.

Sehubungan dengan pendedahan ini, Polis DiRaja Malaysia bersama Angkatan Tentera DiRaja Malaysia dalam Sabah mengadakan operasi bersama bagi memburu golongan pemakai SELUAR CLORENG DAN KASUT mirip pasukan keselamatan agar dapat diteliti siapa mereka yang kerap bersama dengan orang asing dalam negeri Sabah.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan