Ahad, 26 Mac 2023

WASPADA TILAPIA DIPARIT KOTOR 

Oleh. Jaitos Dumiri 

Ikan Tilapia sememangnya cukup sedap dimakan bagi pakar pakar memasak tempatan, namun kini ikan tersebut dilaporkan banyak kotoran berikutan ramai anak orang asing menangkapnya diparit terkotor sebagai jualan terbuka.

Mungkin kah ramai pembeli ikan TILAPIA di Sabah tidak tahu kejadian serupa dijual berbaldi baldi sekitar Tamu Mingguan kelihatan penuh bersih, sebaliknya dikumpul hasil tangkapan dari PARIT BERAIR HITAM tanpa orang ramai sedari malah ramai melihat perkara tersebut sekadar diam membisu.

Dengan pendedahan ini warga Sabah perlu bangkit memilih setiap penjual ikan TILAPIA agar tidak menjadi mangsa penjual ikan tersebut dari parit hitam pada masa akan datang.


PAPARAN LAMA MAJALAH KONTAK 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Katambaig Sungai Kiulu terbitan Azom Productions House dalam Majalah Kontak pada tahun 2000 masih segar dalam ingatan semua pembaca penerbitan kami. Namun sejak bersiaran harian Media Terkini kebanyakan pelanggan kami kurang menyertai perkembangan segala penyiaran kami setiap masa.

Sejarah Sungai Kiulu Tuaran dilaporkan masih lagi menjadi perbualan penduduk kampung berhampiran berhubung kewujudan mahluk KATAMBAIG, ianya nya juga digelar penunggu sungai dimana akan bertindak ganas jika seseorang manusia yang tersilap menyelam disungai berkenaan.

Tidak hairan lah majoriti penduduk kawasan Kiulu masih memelihara peradaban setiap kali memasuki sungai Kiulu agar berwaspada sejak dari rumah masing masing lagi agar tidak berlaku sebarang kesilapan atau kelalaian jelas mereka.

KEAJAIBAN DAN KEKUASAAN ALLAH SWT 

Oleh. Norsham Tukirin 

Ada orang berkata, cantik gambar bulan diapit bintang kejora namun kurang menyebut Subhanallah kekuasaan mu terpancar dilangit ya Allah.

Dalam bulan Ramadhan tahun 2023 kali ini ramai yang sempat merakam gambar Bulan ditemani Bintang Kejora terlalu hampir terpampang dilangit ketika baru bermula matahari terbenam waktu Sholat Magrib.

Petunjuk tersebut membawa seluruh umat Islam bertawakal penuh keinsafan bukan sahaja untuk diri sendiri, sebaliknya benar benar saling bantu membantu apa tak lagi golongan orang miskin wajar dihulur bantuan bagi yang berkelebihan.

Malangnya ramai juga yang berwatak alim dan warak namun bila bab melihat orang susah sedihnya golongan terlibat bagai tak kenal lalu meninggalkan sahaja ditepi kedai, namun pakaian dari pagi sampai ke petang mengalahkan lebai yang baru balik dari Umrah namun istilah membantu orang susah jauh sekali ungkap beberapa pembaca setia Media Terkini.

Ada juga yang bersifat suka membantu golongan wanita muda walaupun wanita terlibat mampu dalam segala kehidupan, jauh pandangan melihat lelaki yang susah ditinggalkan sahaja namun wanita pantas dihulurkan bantuan walau seberat mana sekalipun ungkap orang ramai. 

Amalan seumpama tidak baik dilakukan memandangkan hanya golongan yang benar benar  susah sahaja diberi bantuan agar tidak tersilap akidah.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan