Khamis, 30 Mac 2023

WARGA SABAH PERLU WASPADA 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Borneo. Tragedi yang berlaku dalam Sabah cukup memberi pengetahuan betapa penting semua penduduk Sabah berwaspada disamping bersatu memberi kerjasama semua pasukan keselamatan membenteras PATI yang menyusup masuk kenegeri tersebut. 

Selain dari ancaman kemasukan PATI beramai ramai di Sabah, kes pencerobohan di Tonduvo juga cukup membuka mata seluruh orang Sabah betapa sukar mendepani PATI jika dibiarkan bersembunyi didalam negeri tersebut.

Bayangkan lah kes terbaru yang tertangkap di KLIA Kuala Lumpur dari Tawau terlatih ketenteraan Fhilipina 44 hari boleh masuk Sabah dan tembus ke KLIA Kuala Lumpur menggunakan Kad Pengenalan orang lain dinegeri Sabah.

Kes ini adalah yang sudah ditangkap, namun bagaimana jika masih ada yang masih bersembunyi dipelusuk tersembunyi dalam Sabah, ada kah ini tidak membimbangkan pada penduduk negeri Sabah dalam jangkamasa panjang atau masih wujud musuh dalam selimut melindungi golongan terlibat sampai sukar menghentikan PATI masuk menyusup kenegeri Sabah.

Menurut beberapa pesara Angkatan Bersenjata Malaysia yang tinggal di Sabah ketika ditemui mendakwa ada sebilangan orang Sabah suka berkawan warga asing dari negara jiran berbanding orang sendiri, bayangkan ada kerja dibuat sembunyi panggil PATI berbanding cari bangsa sendiri atau warganegara membuat kerja berkenaan tanpa meneliti siapa sebenar PATI yang menghormati mereka dengan panggilan ada kerja Bosku jelas mereka.

Sejajar dengan pendedahan ini sudah sampai masa orang Sabah bersatu memantau kehadiran PATI disetiap kawasan mereka, jangan kerana WANG RIBUAN RINGGIT orang Sabah sanggup meminjamkan Kad Pengenalan kepada PATI bergerak bebas diseluruh negara Malaysia.

Apabila PATI tertangkap di Semananjung Malaysia ia sudah menjejaskan imej warga negara dipelusuk Sabah yang meminjamkan Kad Pengenalan mereka, ini perlu diberi kaunseling oleh pihak kerajaan Sabah agar semua penduduk Sabah wajar menghentikan kemasukan PATI kedalam negeri tersebut.

Kerajaan Sabah sudah tiba masanya meminta bantuan bekas bekas Tentera dan Polis yang duduk bersama penduduk setiap perkampungan dan perumahan mendidik mereka memantau kebanjiran PATI kenegeri tersebut, malah kerajaan Sabah tidak akan rugi memberi elaun bekas bekas Tentera da  bekas bekas Polis rekod terbaik bagi melatih orang Sabah memantau kebanjiran PATI kekawasan mereka.

Untuk rekod  ada beberapa badan yang merekodkan bekas Tentera dan bekas Polis terbaik untuk dipilih mendidik orang Sabah memantau kebanjiran PATI kenegeri tersebut, antaranya Persatuan Bekas Tentera Malaysia Cawangan Sabah, Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Cawangan Sabah, Persatuan Bekas Perajurit Sabah Sejak 1962 lagi dan Persatuan Bekas Polis Cawangan Negeri Sabah serta Persatuan Komando 69 Sabah.

Seandainya kerajaan Sabah menggerak semua ahli Persatuan ini  disetiap perkampungan yang ahli ahli mereka dusuki adalah mustahil PATI boleh bersembunyi atau ada lagi orang Sabah menjadi dalang melindungi PATI dalam jangkamasa panjang.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan