Selasa, 28 Mac 2023

ENAM PULUH TAHUN JALAN RAYA MASIH TANAH MERAH 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Bagaimana petani dan pekebun berkelompok dinegeri ini memajukan diri jika jalan raya diberi masih tanah merah dikemuncak tanah bukit, setiap musim tengkujuh majoriti penduduk petani dan pekebun berkelompok mengharungi jalan kaki 4 hingga 6 batu ke kebun mereka akibat jalan bukit tidak boleh dilalui kenderaan kecil.

Ada juga tanah pertanian dikawasan tanah tinggi jarak 5 batu dari jalan tanah merah juga tidak mampu dibina oleh kerajaan yang sudah silih berganti sejak sekian lama, dalam kerajaan perpaduan masa kini kerajaan Sabah seharusnya mengambil peluang  turun padang ke tanah tanah pertanian berkelompok dan bergeran individu agar jalan raya dapat dilaksanakan lebih pantas.

Ini didedahkan oleh petani tanah tinggi serta pemilik geran tanah terlibat yang mengaku 60 tahun berjalan kaki ketanah pertanian mereka tanpa jalan raya sejak tahun 1963, dalam tempoh yang sekian lama tidak mungkin kerajaan Sabah tidak mengetahui tanah pertanian penduduk kampung belum ada jalan raya antara 1 hingga 8 batu berjalan kaki setiap hari ujar mereka.

Wakil wakil rakyat diseluruh negeri Sabah wajar berhubung dengan kerajaan perpaduan pusat bagi membantu petani rakyat asli Sabah bagi membina jalan raya ketanah pertanian mereka secepat mungkin, selepas 60 tahun petani yang berjalan kaki perlu diubah segera kehidupan mereka dengan membina jalan raya ketanah geran mereka supaya mereka (petani) boleh menggunakan motorsikal ke tanah pertanian mereka. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan