Jumaat, 10 Mac 2023


PROGRAM BOLA TAMPAR BERJAYA 

Oleh. Norsham Tukirin

Kudat. Pemimpin 

PBS Bahagian N. 2 Bengkoka dengan kerjasama Kelab Belia Jemaat PCS Kg. Sulakolung dekat sini berjaya menganjurkan kejohanan Bola Tampar Tertutup dekat sini hari ini. 
Program tersebut mendapat tajaan kos perbelanjaan sepenuhnya oleh Tuan Sungkim Rumangun mantan 
Pegawai Daerah Tenom, sesungguhnya diucapkan setinggi ucapan terima kasih kepada beliau diatas keprihatinan membantu menaja perbelanjaan serta hadiah kepada para pemenang kata En. Masikal Rumunji timbalan Ketua Bahagian PBS N. 2 Bengkoka yang mewakili Dr. Samuel Mopun selaku Ketua Bahagian PBS N.2 Bengkoka hari ini.

En. Masikal Rumunji menambah, kejohanan tersebut merupakan kali pertama diadakan dan akan dijadikan salah satu acara tahunan anjuran PBS Bahagian N. 2 Bengkoka sempena Mesyuarat Agong Tahunan demi memupuk permaufakatan serta perpaduan tanpa mengira kaum dan agama diseluruh kawasan tersebut katanya.

Bagi Tuan Sungkim Rumungan, bantuan seumpama walaupun tidak seberapa namun ianya adalah antara amal dan ingatan mesra kepada semua penduduk serta kaum muda mudi betapa pentingnya bermaufakat, memupuk perpaduan disamping saling menjalankan kehidupan sihat dengan aktiviti bersukan tanpa mengira jantina sebagai memelihara kesihatan diri sepanjang masa jelas beliau.

En. Masikal Rumunji berkata, seramai 29 pasukan menyertai kejohanan tersebut yang terdiri dari 21 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita jelasnya. 

Dalam ketegori pasukan lelaki semua pasukan telah mempamerkan permainan bermutu dan berdisiplin, demikian juga dengan ketegori kaum wanita namun setiap pasukan hanya tiga pasukan sahaja yang terpilih memperolehi hadiah katanya.

Bagi ketegori Wanita, tempat ketiga jatuh kepada pasukan Kg. Kadayan, Naib Johan disandang oleh AR. Kg. Senja manakala Johan dimenangi oleh pasukan V. Buster Kg. Delima.

Ketegori pasukan lelaki, tempat ketiga jatuh kepada pasukan Kg. Kadayan, Naib Johan disandang oleh pasukan KTC Kg. Kakipuon manakala Johan dimenangi oleh Pasukan AR. Kg. Senja

Majlis Perasmian dan Penutupan disempurnakan oleh En. Masikal Rumunji Timbalan Ketua Bahagian PBS N. 2 Bengkoka disaksikan bersama Tuan Sungkim Rumungan serta para penduduk dan penyokong PBS setempat.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan