Jumaat, 31 Mac 2023

BORIBI MASIH ADA DI BORNEO

Oleh. Jasly Dollah

Pokok BORIBI atau Mengkuang yang dilaporkan mulai pupus di Semananjung Malaysia masa kini  namun dalam kawasan Borneo masih banyak boleh diperolehi dikawasan hutan hutan kecil malah masih boleh ditanam jika ianya tidak mahu pupus.

Pelbagai jenama disebut mengikut suku kaum masing masing namun setakat ini tidak ada yang mahu menanam nya walaupun boleh dijadikan sumber pendapatan bulanan bagi pembuat anyaman.

Walaubagaimanapun, perlu berwaspada dengan kualiti DAUN BORIBI mengikut pengambilan nya jika tersilap ambil daun nya bakal membentuk bakul yang tidak berkualiti jelas warga Borneo. 

Pemetik daun BORIBI harus pakar memilih dedaun nya yang berkualiti supaya semua anyaman bakul dan tikar juga akan berkualiti dan tahan lama, jika sekadar mahu mengaut keuntungan sahaja dikalangan pemetik daun BORIBI  pasti segala anyaman yang dibuat oleh pembuatnya tidak berkualiti.

Apa juga anyaman dibuat berkisar tumbuhan didalam hutan tidak berkualiti dan tidak akan tahan lama jika tidak diutamakan pemilihan nya yang mungkin tidak disedari para pembuat dan penjual segala kraftangan dari tumbuhan didalam hutan tumbuh meliar.


 BANYAK TIDAK KENAL BATU SUMPAH 

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah. Berapa ramai generasi muda mudi dalam negeri ini yang terus mengekalkan penghayatan BATU SUMPAH?, mungkin ada orang muda mudi yang menjawab  apa itu Batu Sumpah baru sekarang kami dengar khususnya orang baru bermastautin dinegeri ini.

Antara penggunaan BATU SUMPAH ialah didalam pelancaran sesebuah Tamu Tradisi disetiap mukim atau daerah bagi menjaminkan kesejahteraan dan keselamatan setiap Tamu yang dilancarkan.

Sebaliknya Batu Sumpah Beradat mungkin sukar dikekalkan dalam jangkamasa panjang berikutan pakar pakar BOBOLIAN kini semakin pupus berikutan tidak ada muda mudi mewarisi ilmu meteka.

Berapa lama lagi kah  BATU SUMPAH dikekalkan oleh sebilangan kecil sudah wargatua BOBOLIAN  yang meneruskan lagenda ILMUAN BOBOLIAN sampai masa kini jelas orang yang dari keturunan Bobolian hari ini. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat Iklan Niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan