Khamis, 9 Mac 2023

DIMANA TANGGONGJAWAB WARGA 

Oleh. Norsham Tukirin

Telipok. Dimana rasa kebertanggongjawaban  penduduk seluruh Mukim Telipok sehingga Tong Sampah besar dibakar mungkin menjelang waktu Subuh. 

Tong Sampah besar tersebut terletak dibelakang Tandas Pekan Telipok dan bertentangan dengan Klinik Perubatan Pekan Telipok, mujurlah Tong Sampah besar terlibat dilaporkan besi still yang tidak dimakan api walau sebesar mana api sekalipun ujar warga setempat. 

Sehubungan dengan paparan ini semua warga Telipok digesa bermaufakat membenteras golongan pembakar sampah terlibat demi keselamatan harta benda kerajaan disamping mengawal pencemaran udara setempat.

CUBAAN GANGGU KERJAYA MEDIA 

Oleh. Gason Dumiri

Telipok. Seorang lelaki cuba berlagak buka dada mengekori sekumpulan kru Media yang membuat penggambaran TONG SAMPAH BESAR dipekan Telipok hari ini. 

Lagak lelaki terlibat cuba cari gaduh dengan berpusing pusing keliling kru MEDIA namun tercanggang bila mana pengarah urusan Media mendepaninya bertentang mata.

Akibat ditenung kru Media tujuan lelaki terbabit berpusing pusing mengelilingi kakitangan Media akhirnya beliau tergesa gesa menaiki Bus Mini walaupun penuh bersesak penumpang.

Sehubungan dengan kejadian ini semua pelancong luar Sabah yang datang ke Telipok harus berwaspada dengan kumpulan kaki samseng dikawasan tersebut.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan