Isnin, 20 Mac 2023

UMNO SABAH PERLU DEKATI RAKYAT 

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah. Barisan kepimpinan lama dan baharu didalam UMNO negeri ini 

wajar terus memulakan langkah memberi kefahaman seluruh rakyat berbilang bangsa dan agama agar mereka (rakyat jelata) akan terus teguh setia bersama perjuangan mereka.

Kepimpinan UMNO Parlimen Keningau diterajui oleh Ketua 

Bahagian Nik Nazri Nik Zawawi, Timbalan Ketua Bahagian Hadjin Sujaree  Naib Ketua Bahagian Rayner James, Ketua Wanita Siti Noor Zati Kamelah Sairin, Ketua Pemuda. Razlie Asbi dan Ketua Puteri  Salzeila Suhaidi bagi tahun 2023 sehingga tahun 2023.

Bagi Parlimen Sepanggar, Ketua Bahagian  Datuk Yakub Khan Timbalan Ketua Bahagian. Matlan Haji Taman Naib Ketua Bahagian Sardilin Okah bagi tahun 2023 sehingga tahun 2026. 

Turut mempertahankan Ketua Bahagian bagi Parlimen Tuaran ialah Datuk Abdul  Rahman Dahlan yang berharap terus bersuara demi masa hadapan negeri dan negara Malaysia amnya.

Gandingan muka lama dengan muka baharu didalam setiap kepimpinan UMNO mampu menarik sokongan kepada segenap lapisan masyarakat setempat masing masing.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan