Isnin, 13 Mac 2023

UMNO PERLU BERSAMA RAKYAT 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Pemimpin UMNO perlu berkerja keras menemui rakyat seluruh Malaysia termasuklah Sabah jika mahu mendapat sokongan penuh dalam setiap kali pilihan raya akan datang. 

Saranan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada seluruh kepimpinan Umno agar lebih mengutamakan hubungan baik seluruh ahli umno diperingkat cawangan serta rakyat dalam kawasan masing masing perlu dipergandakan sepanjang masa. 

Semua pemimpin UMNO perlu memberi penerangan lebih jelas halatuju perjuangan mereka selepas tewas pada pru ke 15 yang lepas, umno masih mendapat sokongan rakyat jelata diseluruh negara jika ada usaha seluruh kepimpinan bahagian dan cawangan berkerja menemui semua rakyat.

Dengan pendedahan ini semua rakyat Malaysia berkeyakinan pemimpin umno diperingkat bahagian dan cawangan akan menggandakan usaha menerangkan halatuju kepimpinan baharu dan lama didalam parti tersebut dari masa kesemasa. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan