Ahad, 12 Mac 2023

MERDEKA PULUHAN TAHUN BEKALAN AIR MASIH BEGINI 

Oleh. Norsham Tukirin  

Sabah. Negeri Sabah merdeka 16 September 1963 dan kini hampir 60 tahun telah dilalui namun bekalan air masih lagi kolam ditengah hutan. 
Selain dari itu keraj
aan juga silih bertukar ganti namun penduduk luar bandar terus terbiar tanpa usaha Wakil Wakil Rakyat tertentu merubah kolam air kepada lebih bersih terang orang kampung yang ditemui.
Bayangkan lah jika jalan ke kolam AIR DARI SUNGAI hutan  serupa ini bagaimana penduduk kampung merasa merdeka tambahan pula paip yang ada hampir 20 tahun tidak ada pembaikan dari 
dari kerajaan negeri dan persekutuan amnya sudah pasti warga kampung akan menanti masa pilihan raya bagi menentukan kepimpinan kerajaan mereka kelak.

Hanya tenaga orang kampung sahaja mengikat semua paip air mereka yang pecah disamping mereka membersihkan sendiri jalanan ke kolam air dari sungai sampai kerumah perkampungan mereka jelas wakil orang kampung luar bandar yang ditemui.

Sehubungan dengan pendedahan ini, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri perlu turun padang bagi meninjau semua perkampungan terpencil dipuncak bukit agar tidak keciciran pembangunan, semua pegawai lantikan dibawah jabatan mereka juga perlu dikerah bagi menjalankan tugas menyeluruh tanpa ada yang tercicir supaya rakyat jelata tidak menyalahkan kerajaan dari masa kesemasa. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan