Ahad, 19 Mac 2023

DAYA USAHA TANGGA KEJAYAAN 

Oleh. Norsham Tukirin

Kota Kinabalu. Kerjasama semua 

penduduk kampung dalam sebarang penyertaan kebersihan serta keindahan anjuran pelbagai agensi kerajaan mampu 
memberi kejayaan yang diluar jangkaan.

Menurut sumber anjuran DBKK baru baru ini bagi program kebersihan kampung ku dilaporkan 17 penyertaan diterima dimana ada yang menang dan ada yang tewas dalam pertandingan seumpama jelas penduduk yang menyertai pertandingan tersebut. 

Masaalah kebersihan dan keindahan perkampungan ini

bukan sahaja terletak dibahu Ketua Kampung dan badan JPKK malah ianya juga perlu digalas semua penduduk setempat jika mereka mahu perkampungan mereka sentiasa bersih penuh keindahan. 

Kru Media Terkini Sabah dimaklumkan sebuah perkampungan Kg. Kebayau Tamalang Telipok memperolehi TOP 7 didalam pertandingan kampung Bersih dan Indah oleh DBKK bulan ini, perkampungan tersebut terletak dikemuncak bukit dan keindahan pemandangan sangat cantik diwaktu malam bagi pengunjung yang melawat kawasan tersebut pada musim kemarau.

Kampung tersebut kini sedang berusaha lagi mempercantik seluruh persekitaran kampung mereka disamping meneruskan sistem kebersihan yang ditetapkan sejak awal bulan March 2023 lepas.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan