Rabu, 29 Mac 2023

ANAK SIAPA BERKELIARAN? 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Kota Kinabalu.  Setiap hari berkeliaran ditengah kota tanpa ada pengawalan dari ibu bapa mahupun pihak berkuasa setempat sejak beberapa tahun dahulu tidak ada penduduk tempatan ambil tahu kata peniaga kedai setempat.

Sebilangan peniaga setempat juga hairan kanak kanak kecil ini dibiarkan oleh  ibu bapa mereka umpama tidak bimbang jika nyawa kanak kanak terlibat  terancam pelbagai masaalah kemalangan mahupun penculikan yang tidak disedari.

Kanak kanak terlibat berkeliaran sekitar bangunan  kedai dalam bandar dari pagi hingga kepetang namun ibu bapa mereka tidak diketahui kemana pergi menyebabkan anak anak berkenaan terus bebas tanpa kawalan.

Golongan peniaga kedai juga bimbang dengan gelagat kumpulan kanak kanak berkenaan mampu merosak bukan sahaja cermin kedai malah kenderaan keliling bangunan kedai yang bersusun ditempat parking juga terancam dengan kanak kanak yang berlari naik turun bangunan sepanhang hari jelas mereka.

Sehubungan dengan pendedahan ini, pihak berkuasa kerajaan Sabah perlu menyiasat aduan orang ramai amnya peniaga seluruh bandaraya Kota Kinabalu sampai ke Inanam yang terlalu banyak kanak kanak comot berkeliaran agar dapat diambil tindakan sewajarnya.



Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini  tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan