Jumaat, 17 Mac 2023

BEZA DULU DAN SEKARANG

Oleh. Williem Anak Lagau

Orang dahulu serba boleh buat kerjaya tanpa memilih malah apa pilihan kerjaya mampu dilakukannya, namun orang masa kini hanya mampu buat kerjaya menggunakan pen atau komputer berbanding dahulu hujan dan matahari digagahi 
mampu mereka gagahi.

Menurut orang lama yang ditemui, pen dan komputer adalah mainan mereka setiap kali melakukan kerja kerja dikantor namun bila waktu cuti umum perkebunan mereka mampu diuruskan sendiri tanpa upah pekerja lain.

Lumrah orang lama bisa buat kerja apa sahaja yang didepani mereka berbanding sebilangan orang muda mudi masa kini sememangnya banyak lagak namun melihat perkebunan hutan depan mata tidak mampu membersihkan nya.

Antara beza yang berlaku insan veteran yang ditemui mendepani muda mudi hari ini sememangnya jauh perbedaan namun lagak dikota banyak tinggi kelangit berbanding orang lama boleh buat kerja kota dan kerja desa juga bisa dilangsaikan jelas mereka.

Sesungguhnya orang muda mudi bila mendepani orang veteran jangan sesekali pandang rendah pada mereka sebelum mengenali kemampuan kerjaya mereka, pengalaman kerjaya mereka harus diselusuri dahulu supaya mampu merungkai pengalaman diri mereka sebelum dipandang sinis apa tak lagi keupayaan luar biasa yang mereka tempuhi. 










Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan