Ahad, 12 Mac 2023

Berita Ringkas 

NORAINI DIJANGKA MENANG KETUA WANITA UMNO 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Pergerakan wanita UMNO Malaysia dijangka akan dimenangi oleh Datuk Seri Noraini Ahmad sebaik kiraan jumlah undi selesai.

Pencabar beliau Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil diramal  tidak mampu meraih undi seperti yang diperolehi oleh Datuk Seri Noraini Ahmad 106 undi dari 189 bahagian yang menghantar perwakilan dalam pemilihan kali ini.

Sehingga berita ini ditulis perwakilan wanita juga yakin Datuk Seri Noraini Ahmad akan kekal memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia sebaik keputusan rasmi selesai diumumkan kelak. 



 PEMBUNUH RAKAN SENEGARA DIBURU POLIS 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Polis Dalat masih memburu warga negara jiran yang disyaki membunuh rakan senegaranya dalam selisih faham diladang kelapa sawit dekat sini. 

Suspek yang menghilangkan diri selepas perselisihan faham dengan mangsa kini giat diburu polis sehingga berita ini ditulis.

Menurut rekod mangsa yang disahkan meninggal dunia dihospital Dalat merupakan warganegara Indonesia yang berkerja diladang kelapa sawit sekitar Dalat, suspek yang diburu polis juga dilaporkan berasal dari negara Indonesia berdasarkan rekod senarai yang terdapat dalam ladang berkenaan.

Sesiapa yang melihat suspek (gambar) disertakan ini boleh berhubung dengan mana mana balai polis berhampiran khususnya negeri Sarawak.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan