Sabtu, 11 Mac 2023

Berita Ringkas 

MINYAK SUBSIDI PLASTIK PERLU PEMANTAUAN

Sabah. Minyak masak subsidi plastik perlu pemantauan dari pihak kerajaan negeri berikutan rungutan orang asli yang tidak dapat memperolehinya. 

Minyak masak tersebut dilaporkan banyak ditempah oleh rakyat asing dalam negeri ini berikutan kurang pemantauan dari pihak berkuasa kerajaan negeri jelas penduduk asli negeri ini. 

Selain dari itu ada juga golongan yang menyalahgunakan minyak masak plastik dengan menjual kepada penduduk kampung dengan harga RM3.50 sedangkan ianya hanya dijual RM2.50 runcit akibat perbuatan tamak pihak penduduk tertentu lapor orang asli negeri ini.

Hanya sebilangan kecil sahaja peniaga mematuhi harga jualan dengan RM2.50 namun gagal mengenal pasti yang mana pekerja asing dan penduduk tempatan asli yang layak membeli minyak masak bersubsidi berkenaan.

Ramai orang asing yang turut berbaris membeli minyak masak bersubsidi dikedai kedai terpencil bagi memperolehi minyak masak berkenaan tanpa pemantauan drastik tegas penduduk tempatan. Oleh. Jusupi Anak Kurdi 


PRODUK TEMPATAN LAGI TINGGI HARGANYA 

Oleh. Jaitos Dumiri 

Sabah. Pertumbuhan produk tempatan semakin meningkat bagi memenuhi kapasiti makanan tambahan untuk orang orang miskin namun harganya terlalu tinggi  berbanding tempat dan kualiti pembuatan.


 Bayangkan lah bekas sekecil ini dijual dengan harga RM7.00 malah ada juga yang sampai RM8.00 satu pek kecil terang mereka. 

Semua penduduk negeri ini perlu mengimbangi kadar harga jualan tanpa terlalu memburu keuntungan berlebihan, ianya perlu disedari jika berhasrat membantu sesama manusia seperti ajaran pelbagai agama yang menggalak beramal sesama manusia.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan