Jumaat, 24 Mac 2023

MANA YANG TEPAT NI? 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Buka bazar Ramadhan jam 2.00 petang namun jam 12.15 sudah siap membentangkan jualan berbuka puasa mereka tanpa ikut masa dipapan kenyataan disediakan oleh pihak berkuasa

tempatan entah mengapa ia berlaku ungkap penduduk kota yang ditemui. 

Kerajaan negeri cukup baik memberi ruang dan peluang bagi berniaga di Bazar Ramadhan sepanjang bulan Ramadhan namun belajar lah mematuhi masa yang ditetapkan jam 2.00 petang dan bukan lah pada jam 12.15 tengahari cadang penghuni kota hari ini.

 Adakah peserta bazar Ramadhan ini tidak boleh membaca papan kenyataan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan sehingga membuka jualan sebelum jam 2.00 petang soal penghuni kota yang mendakwa peniaga hanya mementingkan keuntungan sendiri semata mata tanpa memikirkan sebarang kepentingan masyarakat lain tegas penduduk kota. 

Apapun dalam konteks ini semua pihak perlu menetapkan asas masa berniaga supaya tidak dipertikai semua lapisan masyarakat dalam jangkamasa panjang jelas penghuni kota hari ini.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan membuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan