Khamis, 16 Mac 2023

HORMATI PERUNDANGAN MALAYSIA 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Rakyat asli Sabah mengeluh dengan sikap sebilangan pemandu Bus Mini  yang bagai lebih besar kuasa menunggu penumpang berjam disetiap BUS STOP sepanjang jalan walaupun berada dihadapan Balai Polis mereka tak hormat perundangan.

Bus Stop hanya untuk menurunkan penumpang serta menaik golongan penumpang yang sudah sedia menunggu di Bus Stop dan bukan menunggu penumpang yang tidak ada di Bus Stop jelas warga asli Sabah. 

Orang asli Sabah juga terkilan dengan pemandu bus mini yang membuat undang undang sendiri menunggu  di Bus Stop berjam jam lamanya tidak diambil tindakan oleh pihak kerajaan Sabah bagaikan mereka kebal dari sebarang tindakan undang undang tegas mereka. 

Saban hari dilaporkan pemandu Bus Mini tidak pernah tidak kelihatan berbaris berjam lamanya walaupun tidak ada penunpang menunggu disetiap Bus Stop lapor orang asli Sabah.

Sehubungan dengan pendedahan ini  orang asli Sabah meminta bantuan kerajaan perpaduan pusat supaya dapat menghentikan perbuatan pemandu bus mini berbaris disetiap bus stop setiap hari dengan mengganggu kenderaan lain yang mengambil rakan mereka di bus stop  ujar mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan