Sabtu, 18 Mac 2023

GERAKAN KEPIMPINAN UMNO PERLU CAKNA DIGITAL 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Perjuangan UMNO perlu cakna dengan penguasaan digital jika mahu mengembalikan kekuatan nya dizaman lampau apa tak lagi diperingkat cawangan dan akar umbi mendepani pilihan raya negeri akan datang.

Saranan kepimpinan tertinggi UMNO seharusnya dilaksanakan oleh ahli ahli parti diperingkat akar umbi bagi memberi kefahaman terhadap seluruh rakyat jelata, sebaliknya ramai rakyat jelata yang berdaftar sebagai pemilih menyifatkan ada ahli parti yang bila balik kekawasan masing masing tidak pernah pun menemui penduduknya ujar mereka.

Setiap kali mesyuarat agong parti ahli ahli pemimpin cawangan yang menjadi perwakilan terlalu segak mendengar ceramah kepimpinan tertinggi parti walau sehari tidak membosankan, namun sekembalinya kekawasan cawangan masing masing jarang sekali menyampaikan segala amanat yang dihujahkan oleh pemimpin tertinggi parti untuk diterjemahkan kepada seluruh rakyat jelata tegas orang kampung.

Kekuatan parti UMNO adalah rakyat yang kembali memberi sokongan undi dalam setiap kali pilihan raya negeri atau parlimen, namun jika rakyat jelata tidak diberi kefahaman perjuangan oleh kepimpinan dan jentera diperingkat cawangan alamat undi akan terus hilang kata orang kampung.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan