Jumaat, 31 Mac 2023

RAYUAN MANTAN PERDANA MENTERI GAGAL 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dengan keputusan 4-1 hari ini mengakibatkan beliau akan kekal dipenjara kajang masa kini.

Pelbagai ulasan yang dilaporkan media masa berhubung penghakiman tersebut namun peguam beliau Tan Sri Shafiee Abdullah dilaporkan tidak berhenti melakukan pembelaan keatas beliau walau sampai keperingkat dunia sekalipun.

Majoriti penyokong  Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan kesihatan beliau berpanjangan serta mendapat kebebasan dari Allah swt juga dalam hukuman yang dijalani, apapun langkah terakhir yang dinantikan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu satunya pengampunan DiRaja oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengharapkan peguam beliau Tan Sri Shafiee Abdullah dapat melakukan sesuatu bagi kebebasan mantan perdana menteri tersebut berhubung hukuman yang sedang dijalani.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran  dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan