Ahad, 12 Mac 2023

KESEDARHANAAN DALAM PERWATAKAN 

Oleh. Norafzah Dollah 

Kebolehan wanita hari ini setaraf dengan kaum lelaki dalam apa juga bidang yang mereka ceburi pekerjaan dan perniagaan terus maju, namun ramai yang terleka sedikit sehingga lupa diri dengan fatwa setiap agama dianuti berlagak sombong dan memilih pergaulan yang ditemui. 

Ada juga sebilangan wanita (bujang) yang berlagak sombong dengan bangsa sendiri namun bangsa lain tersorong sorong muka penuh senyuman walaupun tak tahu asal usul mereka, ini didedahkan beberapa warga asli Malaysia di Sarawak dan Sabah dalam tinjauan Media Terkini Borneo hari ini bagi merungkai ada wanita khawin lelaki asing yang ditinggalkan selepas 1 atau dua anak mereka.

Majoriti lelaki tempatan yang ditolak wanita bujang atau janda adalah mereka yang bergaji kurang dari RM2,000  konon nya tak mampu memelihara mereka dizaman sekarang, namun wargatua yang ditemui hari ini mendedahkan mereka berpendapatan RM650.00 membesar 5 anak dahulu kini  anak mereka sudah pencen Tentera dan ada juga kerja swasta yang baik ujar mereka.

Semua masaalah kewangan tinggi atau rendah bergantung kepada semangat jiwa bertimbangrasa dan berkerjasama dalam berumahtangga amat penting, berlagak mewah menunjuk lagak pada jiran apa tak lagi menghasut orang sekeliling berlagak mewah adalah punca utama wanita bujang dan janda bersikap sombong pada lelaki miskin.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan