Khamis, 23 Mac 2023

Berita Ringkas

RAKYAT MISKIN MINTA BERAS MURAH 

Penduduk Sabah yang berpendapatan dibawah RM900.00 sebulan meminta kerajaan memberi pekej beras yang berharga RM23.00 sepuluh kilogram demi menampung kehidupan keluarga mereka.

Sejak dunia dilanda pandemik covid 19 banyak rakyat Sabah terkesan dengan sumber pemakanan terlalu tinggi namun pendapatan bulanan tidak juga naik jelas mereka penuh kesal.

Ramai pekerja bergaji RM900.00 sebulan dalam Sabah terpaksa berjimat cermat bagi menampung kehidupan keluarga mereka sepanjang musim sebulan agar tidak kebulur sangat keluarga mereka setiap penghujung bulan ujar mereka yang ditemui.

Sungguhpun ada badan NGO yang menjual beras berharga RM25.00 sepuluh kilogram namun ianya masih terlalu tinggi bagi mereka yang bergaji RM900.00 kebawah setiap bulan terang mereka yang ditemui. 

Hanya sebilangan kecil sahaja bergaji RM900.00 yang sanggup ditemui media terkini semasa lawatan ke Suria Sabah dekat sini hari ini, walaupun terlalu banyak lagi yang bergaji lebih rendah daru yang ditrekodkan jelas mereka. Oleh. Jaitos Dumiri





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan