Selasa, 21 Februari 2023

TUNTUTAN WARIS SULTAN SULU TIDAK BERMERIT 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Kerajaan Perpaduan akan terus mempertahankan semua aset negara didalam mahupun luar negara dari tuntutan waris sultan Sulu yang langsung tidak bermerit serta tidak sahih. 

Kesungguhan kerajaan perpaduan menghalang semua tuntutan yang mengaku waris kesultanan sulu merupakan satu usaha yang perlu disokong sepanjang masa agar semua aset negara didalam mahupun luar negara dapat dipertahankan bersama.

Menurut sumber yang sahih, pelbagai kumpulan yang mendakwa sebagai pewaris kesultanan sulu dengan pelbagai tuntutan sejak sekian lama namun tidak pernah berhenti sampai hari ini. 

Dimanakah semua taburan tempat tinggal yang menyamar sebagai pewaris sultan sulu masa kini sehingga tidak henti henti tuntutan seumpama diluar negara?, adakah mereka ini mempunyai rangkaian yang bersembunyi disetiap negara dalam Asia atau negara negara serantau sehingga mencabar kedaulatan dalam negara.

Semoga Kerajaan Perpaduan mampu mempertahankan semua aset negara didalam mahupun luar negara dapat terus dipertahankan menerusi keupayaan Datuk Seri Azalina Othman Said Menteri Undang Undang dalam negara ini.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan