Ahad, 19 Februari 2023

ADAKAH LAGI KORBAN COVID 19

Oleh. Huzera Ben 

United Kingdom. Ada

kah lagi korban covid 19 dunia  masa kini setelah vaksin penggalak sudah disalur setiap warga dimana juga berada sehingga hari ini?, persoalan ini terjawab berikutan jumlah kematian dunia sampai kini berjumlah 6,862,372 orang manakala jangkitan berjumlah 673,855,683 orang hingga hari ini. 

Amerika Syarikat mencatatkan kematian serangan covid 19 berjumlah 1,123,580 orang manakala jangkitan berjumlah 102,850,046 orang, disusuli dengan negara India dengan kematian berjumlah 530,760 orang manakala jangkitan  berjumlah 44,686,143 orang.

Virus covid 19 tidak lagi berhenti diseluruh dunia masa kini dengan kematian dan jangkitan masih terus meningkat seperti negara Perancis dengan kematian berjumlah 161,090 orang manakala jangkitan berjumlah 38,539,362 orang, turut meningkat kematian serangan covid 19 ialah negara Jerman berjumlah 167,301 sementara kes jangkitan berjumlah 38,002,114 0rang. 

Turut merekodkan kematian tertinggi serangan covid 19 ialah negara Brazil dengan jumlah 698,050 manakala jangkitan 36,987,682 orang, turut mengalami kematian tertinggi ialah negara Jepun berjumlah 71,587 orang dengan kes jangkitan 33,098,835 orang. 

Bagi Korea Selatan mencatatkan kematian serangan covid 19 berjumlah 33,856 orang, manakala jangkitan berjumlah 30,429,571 orang, negara United Kingdom merekodkan kematian 218,405 orang dengan jangkitan 24,341,611 orang, disusuli negara England dengan kematian 184,819 orang manakala jangkitan berjumlah 20,579,255 orang.

Dalam konteks berlumba lumba mendapatkan vaksin penggalak setiap negara didunia, virus covid 19 terus memburu mangsa yang cuai dalam penjagaan diri,  ini mengambil kira jumlah kematian serangan covid 19 dinegara Itali dengan jumlah 187,850 orang manakala jangkitan berjumlah 25,547,414 orang, dan negara Rusia dengan catatan kematian serangan covid 19 berjumlah 387,797 orang sementara jangkitan mencecah 21,841,651 orang. 

Langkah terbaik ialah sentiasa berwaspada dengan penjarakan diri, memakai pelitup muka setiap kali berada dikhalayak ramai bagi mengelak jangkitan penyakit Covid 19.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan