Khamis, 9 Februari 2023

BENARKAH ADA MANUSIA TIDAK BERNEGARA? 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Pelik dengan dakwaan ada manusia tinggal di Malaysia tidak bernegara yang diwar warkan oleh etnik mereka setiap kali ditanya oleh pelancong negara luar semasa melawat negara ini. 

Satu yang pelancong ingin tahu adalah loghat bahasa mereka seharian berasal dari negara mana dan keturunan mereka ini datang dari bumi mana sehingga hari ini dilaporkan tidak bernegara soal beberapa pelancong luar negara dalam pertemuan Media Terkini Kalimantan Borneo baru baru ini.

Malaysia perlu meneliti kes wujud rakyat tinggal dinegara ini dilaporkan tidak memiliki negara asal sedangkan loghat bahasa mereka hampir serupa dengan beberapa bahasa etnik  warga negara jiran tetangga dengan Malaysia.

Sehubungan dengan pendedahan ini warga seluruh rakyat Malaysia harus sentiasa menjadi mata dan telinga meneliti rakyat yang dilaporkan tidak bernegara namun tinggal menetap bebas diseluruh Malaysia.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan