Isnin, 27 Februari 2023

JPJ DAN LPKP DIGESA KAWAL BUS STOP TELIPOK 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Telipok. Dua Bus Stop Telipok Pekan Dan Dekat ST. Peter Telipok perlu dikawal ketat oleh LPKP dan JPJ berikutan sikap beberapa PEMANDU BUS MINI melepak duduk di Bus Stop menunggu penumpang berjam dengan merokok berulangkali sehingga orang awam yang menunggu rakan tersedak batuk dengan asap rokok mereka.

Ini luahan beberapa orang awam serta pesara Tentera yang menghubungi Media Terkini Sarawak akibat dibawa gaduh sebilangan pemandu bus mini yang ditegur supaya tidak merokok dikawasan Bus Stop ujar mereka.

Selain dari merokok memanjang di bus stop sebilangan pemandu terlibat juga bertukar ganti membuang air kecil (kencing) dilorong pagar sekolah ST. Peter yang terlindung dari pandangan orang ramai jelas mereka.

Sehubungan dengan masaalah ini LPKP dan JPJ sahaja mampu membantu kami warga pengguna Bus Stop Telipok serta Bus Stop depan ST. Peter Telipok ujar orang awam serta beberapa bekas Tentera hari ini.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan