Ahad, 5 Februari 2023

DEDAH TERSIRAT 

AKIBAT PASANGAN SANGGUP TEGUK ARAK 

Oleh. Basron Kirwan

Isu terbaru yang yang membimbangkan umat Islam adalah sebilangan wanita Islam sanggup minum arak demi menurut kekasih hati mereka yang bukan beragama Islam semata mata menjaga hati agar tidak tinggalkan mereka. 
Kebimbangan ini sangat menakutkan golongan ibu bapa Islam bila mendengar ada perempuan Islam berkawan atau bertunang lelaki bukan Islam terjebak arak akibat ajakan kekasih mereka diluar pengetahuan ibu bapa wanita berkenaan.  
Paparan ini disampaikan pembaca media Terkini Borneo sebagai mendedahkan kebimbangan ibu bapa perempuan Islam bila melihat anak mereka kongsikan gambar dalam semua telipon mereka secara umum ujar mereka.
Waspadalah golongan wanita Islam yang berkasih atau bertunang lelaki bukan Islam supaya menjaga agama Islam berbanding pasangan sebagai bekalan hidup didunia dan alam barjah amnya.


 MAKANAN SERENDAH RM3.50 MENGEJUTKAN 

Oleh. Norsham Tukirin/Jasly Dollah 

Dalam paparan terbaru Makanan Arrahmah untuk orang miskin serendah RM5.00 seorang diseluruh Semananjung Malaysia, pembaca Media Terkini Sabah mendedahkan sejak beberapa bulan yang lepas ada kedai makan menjual harga makanan seorang serendah RM4.00 dibeberapa  kawasan dalam negeri tersebut. 

Menurut pembaca Media Terkini, nasi ikan atau daging dan sayor bersama teh kosong dan air panas atau suam dikenakan harga RM4.00 bagi membantu orang yang tidak berkemampuan tegas mereka. 

Apapun terpulang pada peniaga kedai makan dan minum  bagi membantu orang miskin yang menempah makanan dan minuman mereka, sikap berterus terang pelanggan mereka tidak mampu membeli makanan lebih RM4.00  sentiasa dipertimbangkan sebilangan peniaga ujar pembaca Media Terkini Sabah. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan