Rabu, 15 Februari 2023

SEJAK BILA TERMINAL BUS DISETIAP PERHENTIAN BUS?

Oleh. Jopis Anak Lagau 

Kota Kinabalu. Orang asal Sabah menyauarakan kepada Kerajaan negeri sejak bila semua BUS STOP dijadikan TERMINAL menunggu penumpang sehingga berbaris sepanjang hari sehingga menghalang pengangkutan lain singgah memuatkan rakan mereka yang menunggu di perhentian bus berkenaan. 

Datuk Seri Panglima Haji Hajijih Haji Mohd. Noor Ketua Menteri Sabah diminta menangani masaalah tersebut berikutan kejadian seumpama berlaku lebih setahun yang lalu dan berkekalan sehingga kehari ini ujar orang asal negeri ini.

Para pemandu Bus Mini ini juga dilaporkan langsung tidak beradat membunyikan bunyi bising pada Bus Mereka disamping merokok memanjang disetiap perhentian Bus membuatkan orang ramai rimas terhidu asap dikawasan berkenaan.

Hanya kerajaan Sabah sahaja yang boleh mengambil tindakan perbuatan para pemandu terlibat agar semua orang awam di BUS STOP sepanjang jalan tidak terganggu gelagat pemandu Bus  yang tidak bersopan serta sombong disetiap perhentian Bus ujar orang Sabah.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan