Selasa, 28 Februari 2023

TERBONGKAR TUNTUTAN SEKADAR MAHUKAN WANG SAHAJA 

Oleh. Jaupis Anak Lagau 

Kuala Lumpur. Pembongkaran helah membuat tuntutan pelbagai aset negara didalam mahupun luar negara membuktikan pihak yang mengaku pewaris kesultanan Sulu tidak lagi berhak dalam tuntutan seumpama. 

Ini didedahkan oleh Datuk Seri Azalina Othman Said Menteri Undang Undang Di Jabatan Perdana Menteri hari ini, beliau yang bersungguh sungguh mempertahankan semua aset negara dari dituntut oleh golongan yang tidak berhak ujarnya.

Menurut beberapa laporan berita baru baru ini, kerajaan Filipina dalam surat oder 427 pada tahun 1986 telah membatalkan taraf kesultanan Sulu sebaik pewaris sah Mahakuttah A. Kiram meninggal dunia ditahun yang sama.

Sehubungan dengan pendedahan ini, seluruh rakyat Malaysia khususnya di Sabah bersatu memberi sokongan dengan usaha kerajaan Malaysia mempertahankan hak hak yang dituntut orang yang tidak layak diluar negara dengan penyamaran sebagai pewaris kesultanan Sulu.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan