Sabtu, 4 Februari 2023

LENSA JENDELA 

Oleh. Norafzah Dollah 

Islam merupakan agama yang terbaik dan hormat mendepani pelbagai 

agama lain diseluruh dunia tanpa rasa bermusuh sekalipun dengan penganut agama lain. Namun terdapat golongan yang sengaja menimbulkan permusuhan dengan pelbagai agama berikutan golongan terlibat tidak memiliki asas pegangan agama yang mencukupi. 

Ini lah yang sering ber

laku dalam masyarakat hari ini sehingga gagal membawa diri sanggup bermusuh dengan masyarakat sekeliling serta golongan tidak 
bersalah akibat individu berkenaan tidak bersungguh menghayati ajaran agama Islam sebenar.

Umat Islam seharusnya bergerak lebih meluas bagi menjalankan dakwah mereka kekawasan jauh terpencil perkampungan luar bandar agar semua umat Islam khususnya golongan saudara baru (MUALAF) dapat bimbingan lebih sempurna.

Penyebar Dakwah perlu juga memilih masa sesuai dengan mengambil kira masa masa terluang umat Islam berkerja setiap petani mahupun pekebun,  supaya perusahaan mereka tidak tertinggal sebagai sumber reziki halal yang diturunkan oleh Allah swt jelas penduduk luar bandar masa kini.

Kebanyakan umat Islam yang ditemui menyifatkan sedikitpun tidak ada ajaran Islam memusuhi masyarakat berbilang agama, Islam juga mengajar umatnya membuang hasad dengki dengan sesiapa juga sesama manusia apa tak lagi orang yang bijak memperolehi kerjaya luar biasa, namun tidak semua manusia mampu melupakan perasaan hasad dengki melihat kebolehan seseorang merebut peluang kerjaya diluar kemampuan orang lain ujar mereka. 

Sesungguhnya Islam yang sebenar mendidik semua manusia berkerjasama diantara satu sama lain dalam meniti kehidupan serba maju bersama, sebaliknya nya masa kini ramai umat Islam lalai akibat dipengaruhi hasad dengki dengan kejayaan orang sekeliling mereka memperolehi kerjaya atau perniagaan diluar kemampuan orang sekeliling. 

Sama sama berkerjasama dalam apa juga perusahaan yang diceburi tanpa rasa dengki dengan kemampuan luar biasa orang orang disekeliling kita setiap masa.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan