Selasa, 14 Februari 2023

RAMAI MENIRU KADAR HARGA BERJADUAL 

Oleh. Gifkir Aming 

Kota Kinabalu. Langkah meniru harga makanan dibawah RM5.00 seorang secara berjadual antara 12.00 tengahari sehingga jam 2.00 petang sangat mengejutkan orang ramai. 

Perbuatan penjual makanan berkenaan sangat mengelirukan umpama tidak iklas dengan menetapkan masa tertentu bagi kaedah pemakanan jimat cermat untuk golongan orang berpendapatan rendah. 

Kru Media Terkini yang mendekati pihak penjual kedai makan dan minum sekitar bandar raya Kota Kinabalu sampai Inanam Menggatal mendapati luahan orang miskin berkenaan benar, selain dari jam 12.00 tengahari hingga jam 2.00 petang semua harga makan dan minum mereka melebihi RM7.00 seorang malah ada yang mencecah RM12.00 seorang.

Ada juga pekedai makan dan minum cuba memperdayakan tinjauan Media Terkini dengan pelbagai alasan bila ditanya dengan penetapan hanya jam 12.00 tengahari hingga jam 2.00 petang dengan tidak masuk akal semua alasan yang mereka beri.

Sehubungan dengan pendedahan ini semua rakyat miskin Sabah dinasihatkan supaya menjauhi kedai makan dan minum yang  meletak masa tertentu sahaja melayan makanan miskin sila berpindah apa masaalah yang berlaku sebelum rakyat diperdayakan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun Berita didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan