Jumaat, 3 Februari 2023

Paparan Pantas 

Isu banjir jalan raya berhampiran sungai perlu diberi perhatian dua aspek iaitu perparitan dan pengorekan dalam saliran sungai setiap 2 kali setahun.

Jika dua aspek ini diabaikan oleh pihak berkuasa disetiap negeri maka musibah banjir tidak akan berakhir walau sampai bila bila tambahan timbunan sampah terbiar disetiap saliran perparitan kecil sedia ada. 

Komen veteran pemimpin parti politik yang ditemui hari ini bagi mengulas isu banjir dalam negara setiap tahun tidak ada kesudahan nya. Oleh Jusupi Anak Kurdi


IKLAN PINJAMAN ALONG ?

Gerakan iklan sisipan kad pinjaman wang sembunyi terus bergerak aktif diseluruh Sabah sejak setahun yang lalu.

Gerakan tersebut aktif bergerak dengan penjagaan beberapa orang pengawal dari jauh memantau penyisipan kad iklan dipintu kenderaan oleh golongan lelaki bermuka ganas dan muda.

Pengiklanan sisipan ini bukan sahaja menganggu pemilik kenderaan malah membentuk sampah banyak sebaik dibuang pemilik atau pemandu kenderaan dimerata tempat ujar orang ramai yang ditemui. Oleh. Gifkir Aming 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan