Isnin, 6 Februari 2023

MAHAL HARGA EMAS KESIHATAN PERLU KAJI

Oleh. Jaitos Dumiri 

Sabah. Kementerian Kesihatan Malaysia kawasan negeri ini diminta menyiasat KESAHIHAN SARANG SEMUT ubat penawar semua jenis penyakit berikutan terdapat agent menyebarkan nya sehingga ia mampu dijual harga pasaran RM300.00 sekilogram masa kini.

Ini didedahkan pembaca Media Terkini Borneo sebagai peringatan masyarakat supaya tidak berlaku kekeliruan para pembeli yang mahu merawat penyakit dihidapi dalam keluarga namun akhirnya hampa jika tidak ada kesembuhan ujar mereka. 

Untuk rekod, wargatua seluruh Borneo dahulu mendakwa banyak tumbuhan dimuka bumi ini sememangnya boleh digunakan sebagai makanan tambahan mencegah penyakit ringan, namun hari ini ianya disensasikan dengan lebih tinggi mampu mengubat penyakit kenser, covid 19, tinggi darah, lemah jantung, buah pinggang, paru paru serta banyak lagi. 

Berikutan promosi seumpama dilaman sesawang peribadi masing masing maka SARANG SEMUT dilapor mampu memperolehi keuntungan RM5,800 seminggu ujar orang ramai. 

Hanya Kementerian Kesihatan Dan Perubatan sahaja mampu memberi jawapan terhadap kemungkinan dakwaan ubat penawar sarang semut dikepulaua borneo ujar orang ramai.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat ikla n niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan