Isnin, 6 Februari 2023

Paparan Pantas 

MAMPUKAH RAIH SOKONGAN RAKYAT? 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Parti Gagasan Rakyat Sabah perlu berwaspada diperingkat akar umbi yang bergerak mendakwa bakal menerajui kepimpinan Adun dan Cawangan sejak beberapa hari yang lalu. 

Semua pemimpin tertinggi GAGASAN wajar menjaga semua kemasukan ahli ahli baru dan lama yang banyak sejarah politik lampau mengeciwakan rakyat dalam sebilangan Dewan Undangan Negeri jika mahu rakyat jelata menyokong mereka. 

Komenter rakyat Sabah yang menghubungi Media Terkini meminta kepimpinan GAGASAN bertindak mengawal jentera disetiap kawasan Parlimen yang mereka wakili  dalam gabungan GRS demi meyakinkan seluruh rakyat jelata ujar mereka.

Untuk rekod ramai orang Sabah melaporkan terlalu banyak broker politik yang membawa senarai nama nombor kad pengenalan beratus orang dipersembahkan kepada pemimpin parti baharu mendakwa dapat sokongan besar dalam DUN yang mereka pilih, sebaliknya golongan terlibat sekadar broker politik demi mencari dana kewangan bagi kepentingan peribadi mereka dimana bila dalam pilihan raya parti yang mereka sertai calon nya terus hilang wang pertaruhan akibat gagal mendapat undi.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan