Jumaat, 24 Februari 2023

PAPARAN PANTAS 

Oleh. Basron Kirwan 

Isu jalan raya yanga kerap terbiar dalam Sabah terus tidak ada penyelasaian walaupun kerajaan negeri silih berganti bagi mentabdir dan mengurus hal ehwal rakyat Sabah. 

Ada juga Jalan Raya di Sabah bagai saliran sungai tidak mempunyai saliran perparitan kiri dan kanan jalan dan jika musim hujan pasti jalan raya berkenaan tenggelam oleh banjir terang warga sabah. 

Sehubungan dengan isu jalan raya yang telah didedahkan berulangkali ini adalah menjadi harapan orang Sabah agar kerajaan perpaduan Malaysia dapat datang ke Sabah bagi meninjau dan membaiki nya secepat yang boleh.

APA SUDAH JADI? 

Oleh. Koijul Hairol 

Ini lah manusia tidak sampai sebulan program Membersih Kampung dijalankan Sampah sudah mulai bertaburan dikeliling Papan Kenyataan Bertulis JAGA KEBERSIHAN. 

Siapa lagi mampu mendidik jika sikap orang yang suka melihat sampah bertaburan setiap hari didepan mata mereka?, sudah pasti ramai orang hanya berpaling muka bila melihat sampah disekitar Papan Kenyataan JAGA KEBERSIHAN namun ada orang langsung tidak baca.

Pandang Dan Baca dahulu sekeliling sebelum membuang sampah walau dimana juga berada dari masa ke semasa.


 RAMAI MENIRU WATAK BUDAYA ASING 

Oleh. Norzaitie Kirwan

Setiap negara pelbagai ragam manusia boleh ditonton setiap hari khususnya wanita  muda, selain pakaian ketat mempamerkan tubuh mereka warna rambut juga turut diubah sehingga mirip pelancong asing.

Luahan pembaca Media Terkini sekitar Borneo yang hairan mengapa ada wanita masa kini lupa budaya adat asal usul mereka sehingga mengubah perwatakan diri dalam kehidupan. 

Apapun pembawaan masyarakat hari ini hanya diri sendiri yang boleh mengubah keadaan diri dengan memperbetulkan adat budaya asal mereka sebagai warisan keturunan mereka dimasa akan datang. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan