Selasa, 28 Februari 2023

BERTAHUN SUDAH PENGEMIS SABAH 

Oleh. Norsham Tukirin 

Isu pengemis jalanan negeri Sabah sudah bertahun tahun berlaku dengan laporan yang sering dipaparkan mereka tidak bernegara tidak pasti golongan ini sebenarnya berasal dari mana soal penduduk asli Sabah. 

Dalam konteks manusia dimuka bumi ini sejarah membuktikan semua etnik dimuka bumi ini pasti bernegara melainkan manusia itu sendiri tidak mahu pulang kenegara asal mereka umpama golongan pelarian diluar negara. 

Rakyat asli Sabah menyuarakan kepada kerajaan perpaduan pusat khususnya dalam kementerian Undang Undang dibawah Datuk Seri Azalina Othman Said supaya menyiasat bagaimana manusia pengemis jalanan dilapor tidak bernegara, majoriti manusia sukar dipercayai mereka tidak bernegara sedangkan bahasa pertuturan mereka wujud diluar negara Malaysia namun manusia terus dilaporkan tidak bernegara tegas mereka. 

Dalam perkembangan terbaru, sekumpulan yang menamakan pewaris kesultanan Sulu memfailkan tuntutan aset negara yang beroperasi diluar Malaysia, kepantasan Datuk Seri Azalina Othman Said Menteri Undang Undang Malaysia membatalkan tuntutan tersebut tanpa alamat tetap golongan menuntut.

Adakah pengemis jalanan yang dilapor tidak bernegara berkeliaran bersama anak anak yang bertambah tiap tahun tidak boleh disiasat sebenar asal usul mereka?, sesuatu perkara mustahil kes seumpama tidak disiasat lebih terperinci sebelun golongan terlibat memenuhi Sabah sebagai manusia tidak bernegara sebagai perlindungan ujar orang Sabah.

Saban tahun pertambahan pengemis jalanan sebagai manusia tidak bernegara sangat ketara dan membimbangkan pertambahan mereka, sehubungan dengan suara ramai orang asli Sabah menggesa kementerian undang undang pusat membantu mengkaji manusia tidak bernegara jelas mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan