Rabu, 8 Februari 2023

DEPAN MATA TERUS TERBIAR 

Oleh. Gason Dumiri 

Melihat kueh mueh diseluruh Sabah memang lumayan dan berpatutan harganya didalam zaman kegawatan ekonomi penduduk tempatan.

Semua warga tidak menafikan keuntungan membeli pelbagai jenis kueh Sabahan namun bagaimana kah jika semua makanan dijual terbuka luas tanpa tudung penutup dari awal pagi hingga kepetang tentu warga setempat rasa terkilan perbuatan penjual yang tidak prihatin kepada pihak pembeli makanan mereka. 

Ramai penjual kueh mueh didalam negeri Sabah tidak peka menutup jualan mereka walaupun dimakan semua lapisan masyarakat berbilang bangsa dan agama namun kekurangan kesedaran penjual masih tidak berubah.

Warga Sabah serta pelancong luar negara perlu meneliti penjualan kueh dikedai kedai seluruh Sabah agar memulau mereka jika tidak menutup tudung tempat jualan mereka sepanjang hari demi menjamin kebersihan pemakanan keluarga mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan