Jumaat, 24 Februari 2023

PROGRAM SUNATHON PERLU DERMA IKLAS 

Oleh. Norsham Tukirin

SURAU ARRAHMAN. Penganjur majlis SUNATHON Kg. Kebayau Tamalang masih buntu memerlukan kewangan bagi menganjur program tersebut. 

Dalam penganjuran mereka bertarikh 5 March 2023 ini pihak penganjur sangat memerlukan sumbangan derma iklas dari pemimpin kerajaan tempatan, badan badan korporat, syarikat syarikat swasta tempatan dan ahli ahli perniagaan dermawan bagi mengumpul dana lebih kurang RM6,000 ujar mereka. 

Ini disampaikan oleh seorang penduduk Kg. Kebayau Tamalang yang enggan disebut nama kepada Media Terkini Malaysia hari ini, walaupun Media Terkini memiliki rangkaian PRESS di Sabah namun sehingga berita ini ditulis tidak ada satu pun penganjur menghubungi penyiaran ini.

Program seumpama wajar mendapat bantuan dari pemimpin kerajaan negeri mahupun persekutuan jika mendapat hebahan lebih awal, sebaliknya akibat kurangnya keakraban dengan akbar akbar berlesen diseluruh negara semua perancangan hanya dihebahkan pada group watsap dan laman peribadi ujar orang ramai. 

Kepada golongan dermawan yang ingin penerangan lanjut boleh berhubung kepada Jawatankuasa Penganjur Sunathon Kg. Kebayau Tamalang Telipok sebelum 4 March 2023 atau ke Pejabat Media Terkini Harian Cawangan Borneo Kota Kinabalu.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan