Oleh. Jasly Dollah
Ranau. Rakyat kawasan Parlimen Ranau siap siaga memilih parti politik yang lebih berwibawa serta prihatin menghulur pelbagai aspek bantuan keatas rakyat jelata yang memerlukan dan bukan bercakap mengukir janji tanpa keupayaan.
Rakyat pengundi parlimen Ranau juga sudah bosan mendengar janji AKAN DIUSAHAKAN KEMUDIAN sedangkan kata janji seumpama berkumandang sebaik menjelang pilihan raya berjalan namun 5 tahun kemudian ianya terus dilaungkan tanpa perlaksanaan.
Ini adalah luahan warga desa parlimen Ranau setiap kali berlaku pertukaran pemimpin parti politik (bukan BN) dikawasan tersebut namun lepas pilihan raya langsung tidak pernah di ingati ujar mereka.
Kru Media Terkini cuba menghubungi beberapa ahli parti politik pembangkang kawasan parlimen Ranau namun gagal berikutan tidak ada jawapan berhubung kes bantuan untuk rakyat masa menjelang pilihan raya.
Dalam konteks seumpama ini, rakyat parlimen Ranau mengharap semua pemimpin kerajaan dan pemimpin BN setempat menggandakan usaha mereka kali ini agar rakyat 18 tahun keatas yakin jasa bakti mereka membantu rakyat dalam pelbagai cara tanpa janji tidak berkesudahan terang mereka.
Parlimen Ranau memiliki 3 kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Dun Kundasang, Dun Karanan dan Dun Peginatan yang mungkin sukar dijangka kewibawaan minda rakyat memilih pemimpin parti politik dalam pru ke 15 pada bila bila masa.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan